Tuesday 4 June 2013

Penjenamaan Semula "Konvensyen ICC & QE (5S)" kepada "Regional Convention On Team Excellence (Wilayah Utara) 2013"

April 18th, 2013
MPC Wilayah Utara akan menganjurkan Regional Convention on Team Excellence ( Wilayah Utara) 2013 seperti maklumat berikut;
Program : Regional Convention On Team Excellence (Wilayah Utara) 2013
Tarikh : 4 - 5 Jun 2013
Tempat : Hotel Equatorial, Pulau Pinang Masa 8.00 pagi - 5.00 petang Yuran RM 190 (Peserta) / RM 210 (Pemerhati) Tarikh Tutup : 31 Mei 2013

"What's Next After 5S"

Pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah akan menganjurkan satu Seminar Pengurusan Lean : "What's Next After 5S" seperti butiran berikut :
Tarikh  : 30 Mei 2013
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Bertam
Sasaran peserta : Pihak pengurusan, JK Pemandu 5S, Bahagian Inovasi & Kualiti
Pihak IKBN Bukit Mertajam telah menghantar dua orang wakil bagi menghadiri program ini.

SEMINAR STANDARD BARU 5S DAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

22 Mei 2013 -Seminar ini dianjurkan oleh MPC Wilayah Utara bagi memberi pendedahan kepada semua pengamal 5S di wilayah utara berkaitan Standard baru 5S yang disampaikan oleh wakil MPC dari MPC Petaling Jaya.
Perkongsian amalan terbaik pula disampaikan dari wakil Majlis Bandaraya Shah Alam dan Continental Automotive Sdn Bhd.
Seramai enam orang wakil daripada IKBN Bukit Mertajam menghadiri seminar ini yang diadakan di The Northam All Suite, Pulau Pinang bermula seawal 9.00 pagi.

LAWATAN 5S DARI UNIKL LUMUT



Monday 8 April 2013

Audit Persijilan 5S bagi tahun 2013 oleh MPC

Tahniah diucapkan bagi semua warga IKBN Bukit Mertajam kerana telah berjaya disyorkan untuk dipersijilkan semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi tahun 2013. Kejayaan ini menunjukkan amalan persekitaran yang bersih dan kerjasama antara warga IKBN Bukit Mertajam yang baik dapat memberikan impak yang baik kepada organisasi.


Tuesday 2 April 2013

5 Kategori Terbaik Keseluruhan Amalan 5S

Pada perhimpunan bulanan Mac 2013 anjuran Jabatan Elektronik, sebanyak 5 kategori terbaik bagi Amalan 5S telah dianugerahkan kepada pegawai dan pelajar IKBN Bukit Mertajam. Anugerah ini telah diperakui oleh Audit Dalaman 5S IKBN Bukit Mertajam sebagai tanda penghargaan kepada pegawai dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam mengekalkan amalan 5S ditempat kerja serta di asrama.





Keputusan Kajian Impak Amalan 5S sehingga 15 Mac 2013

Satu kajian impak telah dijalankan bagi mengkaji kesan dan impak amalan 5S terhadap warga IKBN Bukit Mertajam. Borang kajiselidik dijalankan secara online dengan menggunakan beberapa kaedah seperti menghantar email yang dilampirkan  link kepada borang kajiselidik ini  kepada semua pegawai IKBN Bukit Mertajam, memaparkanpada laman blog 5S dan meminta pelajar menjawab soal selidik di makmal komputer.
Berikut ialah keputusan daripada soal selidik yang dilaksanakan.

Respondan seramai 86 orang terdiri daripada pegawai dan pelajar


Graf Kajian Impak

PRA AUDIT MPC

Pra Audit MPC telah dilaksanakan pada 19 Mac 2013 yang lalu oleh Puan Jue Azwa dari MPC. Sesi Pra Audit dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengarah IKBN Bukit Mertajam, En.Md. Isa Ibrahim diikuti dengan sesi pengauditan dokumen pada sebelah pagi. Pada sesi petang, auditor telah diiringi oleh En.Razman Mustafa bagi pengauditan kawasan sekitar IKBN Bukit Mertajam.

GOTONG ROYONG PERDANA 5S

Aktiviti gotong royong perdana telah dilaksanakan pada 15 Mac 2013 oleh seluruh warga IKBN Bukit Mertajam. Amalan gotong-royong ini dapat membina hubungan dan kerjasama baik antara pegawai dan juga pelajar disamping mendapatkan persekitaran yang teratur, bersih dan indah.





5S (methodology)

5S is the name of a workplace organization method that uses a list of five Japanese words: seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke.Transliterated or translated into English, they all start with the letter "S". The list describes how to organize a work space for efficiency and effectiveness by identifying and storing the items used, maintaining the area and items, and sustaining the new order. The decision-making process usually comes from a dialogue about standardization, which builds understanding among employees of how they should do the work.

PELANCARAN BLOG 5S IKBN BUKIT MERTAJAM

Pada 18 Februari 2013, majlis pelancaran blog 5S IKBN Bukit Mertajam telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, En. Md. Isa Ibrahim. Pembikinan laman blog 5S ini telah dilaksanakan oleh JK Promosi 5S bertujuan menyampaikan maklumat serta pengumuman terkini berkaitan 5S di IKBN Bukit Mertajam. Laman blog 5S juga berperanan sebagai medium untuk mempromosikan amalan 5S IKBN Bukit Mertajam kepada semua warga IKBN dan juga pihak luar.

KURSUS KESEDARAN AMALAN 5S DAN AUDIT 5S

Kursus kesedaran amalan 5S dan audit 5S telah diadakan pada 7 Mac 2013 yang lalu bertempat di perpustakaan IKBN Bukit Mertajam yang dihadiri seramai 35 orang pegawai. Sesi pertama kursus adalah penerangan tentang kesedaran 5S diikuti sesi kedua kursus di mana pegawai-pegawai audit dalaman didedahkan dengan kaedah pelaksanaan audit dalaman serta melakukan audit di bawah pemantauan penceramah jemputan dari MPC iaitu Puan Jue Azwa.
Semoga kursus ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada warga IKBN Bukit Mertajam serta membantu pegawai audit dalaman dalam menjalankan tugas pengauditan.

Sunday 17 March 2013

KAJIAN IMPAK AMALAN 5S

Sila klik link di bawah bagi menjawab soal selidik kajian impak pelaksanaan amalan 5S di IKBN Bukit Mertajam.

https://docs.google.com/forms/d/1SwdSk1XxNgF2K437i-e4lCJkGZuKbggsSEgRvJ8s7Lw/viewform

Terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.

Tuesday 29 January 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA 5S

Aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan pada 30 Januari 2013 yang mana melibatkan semua bahagian dan jabatan di IKBN Bukit Mertajam. Para pengajar dan pelajar bersama-sama melaksanakan aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam bagi mengekalkan suasana persekitaran berkualiti di institut ini. Konsep sentiasa amal dalam amalan 5s  telah menjadi budaya bagi setiap warga IKBN Bukit Mertajam setelah dipersijilkan oleh MPC pada tahun lepas.
Semoga amalan yang baik ini akan berkekalan sepanjang masa seterusnya memberi impak yang positif terhadap produktiviti dan kualiti pada organisasi.