Tuesday 29 January 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA 5S

Aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan pada 30 Januari 2013 yang mana melibatkan semua bahagian dan jabatan di IKBN Bukit Mertajam. Para pengajar dan pelajar bersama-sama melaksanakan aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam bagi mengekalkan suasana persekitaran berkualiti di institut ini. Konsep sentiasa amal dalam amalan 5s  telah menjadi budaya bagi setiap warga IKBN Bukit Mertajam setelah dipersijilkan oleh MPC pada tahun lepas.
Semoga amalan yang baik ini akan berkekalan sepanjang masa seterusnya memberi impak yang positif terhadap produktiviti dan kualiti pada organisasi.