Tuesday, 20 May 2014

PEMENANG PERTANDINGAN KECERIAN DAN KEBERSIHAN 5S

Pada perhimpuann bulanan Mei ,19 Mei 2014 para pemenang bagi Pertandingan Kecerian dan Kebersihan kali kedua telah diraikan dengan sesi pemberian hadiah oleh Tuan Pengarah IKBN Bukit Mertajam. Terdapat peningkatan prestasi bagi setiap zon dan keseluruhan IKBN Bukit Mertajam.





Wednesday, 14 May 2014

AUDIT DALAMAN 1 5S IKBN BM

       Jawatankuasa Audit telah menjalankan Audit Dalaman 1 5S IKBN Bukit Mertajam pada 20 dan 24 Mac yang lalu melibatkan semua zon dalam premis IKBN Bukit Mertajam. Kerjasama yang baik telah diberikan oleh wakil setiap zon kepada auditor dalaman.

       Hasil audit mendapati kebersihan dan kecerian zon masih di tahap yang sederhana. Terdapat kawasan yang masih perlu dipertingkatkan tahap kebersihan dan kecerian.




Sunday, 6 April 2014

LAWATAN PENANDA ARAS AMALAN 5S KE JMTI

4 Mac 2014 - Jawatankuasa Latihan Amalan 5S telah menganjurkan lawatan penanda aras da seramai sepuluh orang pegawai IKBN Bukit Mertajam telah mengikuti lawatan tersebut ke Japan Malaysia Technical Institut JMTI.



       Rombongan dari IKBN Bukit Mertajam telah disambut mesra oleh wakil JMTI dan diberi taklimat ringkas sebelum dibawa melawat ke kawasan JMTI. Lawatan seperti ini dapat merapatkan hubungan antara institut disamping dapat berkongsi amalan baik dalam melaksanakan amalan 5S.




Monday, 31 March 2014

BUKIT MERTAJAM.21HB MARCH 2014.SATU SESI CERAMAH  UNTUK AUDITOR DALAMAN 5S IKBN BUKIT MERTAJAM TELAH DIADAKAN BERTEMPAT DI PERPUSTAKAAN IKBN BUKIT MERTAJAM BAGI MEMANTAPKAN LAGI TATACARA VERIFIKASI AUDIT SUPAYA MENJADI LEBIH BERKESAN .CERAMAH INI BERTUJUAN MENGEMASKINI PENGETAHUAN PARA AUDITOR DALAM MEMERIKSA PERSEKITARAN YANG MELIBATKAN IKBN BUKIT MERTAJAM .TURUT DIADAKAN SESI AUDIT PERTAMA KE SETIAP BAHAGIAN IKBN BUKIT MERTAJAM DAN HASILNYA DIPAPARKAN DIDALAM AKHIR SESI CERAMAH YANG DIADAKAN UNTUK MENDAPAT KESIMPULAN DARI PENCERAMAH DAN PESERTA CERAMAH.KAMI WARGA IKBN BUKIT MERTAJAM KOMITED DALAM MELAKSANAKAN PESEKITARAN BERKUALITI (5S) DALAM ORGANISASI INI.CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH PN JU AWA DARI AHA CONSULT
ANCY

Tuesday, 25 February 2014

KEMPEN KITAR SEMULA


KEMPEN JIMATKAN AIR


KEMPEN JIMATKAN ELEKTRIK


PELANCARAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S PERINGKAT IKBN BUKIT MERTAJAM 2014

17 Februari 2014 - Sempena perhimpunan bulanan bagi bulan Februari 2014 satu majlis Pelancaran Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi tahun 2014 telah dirasmikan oleh tuan Pengarah IKBN Bukit Mertajam. Pelancaran ini dilaksanakan bagi memberi semangat serta merancakkan persiapan 5S bagi menghadapi penilaian audit oleh MPC yang dijangkakan pada bulan Mei 2014 ini.


Disamping itu satu sesi taklimat berkaitan 5S telah disampaikan oleh Encik Heryzuan Mamat, pegawai latihan 5S yang telah menyentuh secara keseluruhan amalan 5S di institut. Taklimat ini telah memberi maklumat asas bagi pelajar baru.

Semoga warga IKBN Bukit Mertajam sentiasa komited dalam melaksanakan amalan persekitaran berkualiti 5S.